PROMOSI. Urus setia Sukan Malaysia (Sukma) 2014 telah menganjurkan Cabaran Golf Sukma Perlis di Kota Permai Golf and Country Club, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis , Abdul Jamil Saad berkata, penganjuran kejohanan golf tersebut bertujuan untuk mempromosi Sukma 2014 yang bakal berlangsung di negeri itu dari 26 Mei hingga 4 Jun depan.
Beliau berkata, seramai 4,000 pemain golf amatur dari 80 kelab di seluruh negara dan Brunei bakal terlibat dalam kejohanan golf berkenaan.
Translate
Saturday, April 12, 2014
Ops Cantas Khas: Polis rampas senapang, 25 butir peluru
KLANG - Polis merampas selaras senapang jenis Shot Gun 12 Bore Semi Auto Browning bersama 25 butir peluru jenis 12 bore dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan serentak di enam buah lokasi di daerah ini malam tadi.
Turut dirampas adalah sebilah kapak, 92 keping DVD lucah dan dadah disyaki jenis heroin 0.22 gram dalam operasi yang dijalankan selama lima jam bermula pukul 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, enam kawasan yang dironda adalah di Jalan Banting-Klang, Jalan Kota Pendamar, Jalan Sungai Jati, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Sentosa, Pulau Indah dan Bukit Tinggi. - KOSMO!
JAIS tarik balik buku teks SRA
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
azli.adlan@kosmo.com.my
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menarik balik buku teks subjek khat yang digunakan murid tahun tiga sekolah rendah agama (SRA) di negeri itu kerana didapati berunsurkan Syiah.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS, Mohammad Amir Danuri berkata, tindakan itu dilakukan selepas pemeriksaan mendapati muka surat satu dan tiga buku teks tersebut mengandungi tulisan khat berunsurkan fahaman Syiah.
“Sehubungan itu, kesemua guru besar SRA di Selangor diarahkan mengumpulkan buku tersebut daripada murid-murid dengan serta-merta.
“Pengarah Tadbir Agama dan Penolong Pegawai Tadbir Agama di setiap daerah telah diminta untuk memastikan tindakan berkenaan dilaksana,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut beliau, pihaknya akan menghantar semula buku teks yang dibetulkan cetakannya kepada SRA terlibat.
"Kita juga sedang menyiasat sama ada kesilapan tersebut disengajakan atau sebaliknya. Jawatankuasa penyemak buku teks SAR Selangor telah diminta agar lebih teliti selepas ini," katanya.
Akhbar baru-baru ini melaporkan Pengerusi Sekreteriat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa JAIS memperbetulkan segera tulisan berbahasa Arab pada buku teks khat SRA di Selangor yang memaparkan ayat berbahasa Arab bermaksud "setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah adalah tanah Karbala.
Asyura merujuk kepada hari ke sepuluh bulan Muharram yang dihormati orang Islam kerana banyak peristiwa besar melibatkan nabi-nabi berlaku pada hari tersebut.
Pengikut Syiah pula menyambut hari tersebut untuk memperingati kesyahidan cucu Nabi Muhammad, Saidina Hussain yang terkorban di Karbala, Iraq dalam pertempuran dengan pasukan Bani Umayyah diketuai Ubaidullah Ibu Ziyad pada tahun 61 Hijrah.
Subscribe to:
Posts (Atom)