SERAMAI 36 pelajar tahun akhir Kolej Poly-Tech Mara Ipoh membuat persiapan sebelum melangkah alam pekerjaan dengan menyertai Kursus Asas Usahawan Siswa yang berakhir semalam.
Kursus anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi Mara itu diadakan selama lima hari bermula 24 November lalu mengikut modul yang ditetapkan oleh Institut Keusahawan Negara.
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pendidikan Tinggi Mara , Adam Tambi berkata, kursus berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bidang keusahawanan kepada pelajar institusi kendaliannya.
Beliau berkata, Mara mahu pelajar kami tidak terlalu bergantung semata-mata untuk makan gaji, namun sebaliknya perlu berani menceburi bidang perniagaan.
"Kursus ini mendedahkan mereka teknik, peluang, potensi bidang keusahawanan selain dijanjikan bantuan pinjaman kewangan daripada agensi terlibat terutama Mara sendiri," katanya.
Translate
Friday, November 28, 2008
JPJ Perak tak ubah syarat
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) Perak menolak cadangan memansuhkan peraturan orang awam yang beralamat di luar negeri ini perlu dapatkan kebenaran daripada agensi itu dahulu sebelum dibenarkan belajar memandu di institut memandu (IM) di sini.
Pengarahnya, Mad Yasir Mastakim berkata, peraturan tersebut bertujuan untuk memastikan individu terbabit benar-benar pemastautin di Perak selain mengelak berlakunya penyelewengan di kalangan pengendali IM tempatan.
"Peraturan ini ditetapkan setelah ada segelintir IM di negeri ini pada suatu masa dulu menyalah guna kelonggaran diberikan JPJ .
"Mereka memancing calon dari negeri lain terutamanya bersempadan Perak dengan berjanji akan memudahkan proses mendapatkan lesen memandu melalui cara salah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Kursus Pembaharuan Sijil Pengajar Institut Memandu yang melibatkan 396 tenaga pengajar memandu seluruh Perak di sini kelmarin.
Sebelum itu, seorang peserta dalam sesi dialog mengemukakan cadangan agar peraturan tersebut dimansuhkan kerana didakwa menyusahkan orang ramai terutamanya golongan pelajar yang mahu mendapatkan lesen memandu di Perak .
Berikutan krisis 'lesen terbang' pada lewat 1990-an, JPJ Perak mengetatkan peraturan pengambilan calon memandu dengan menetapkan hanya penduduk asal dan pemastautin di Perak sahaja dibenarkan belajar memandu di IM di sini.

75 % guru memandu gagal
Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Ujian Undang-Undang Bahagian 1 yang pertama diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) Perak sebagai pra-syarat memperoleh Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) menyaksikan kira-kira 75 peratus kegagalan.
Pengarah JPJ Perak , Mad Yasir Mastakim berkata, hanya kira-kira 139 calon daripada 396 tenaga pengajar memandu yang menjalani ujian tersebut lulus pada tahap ditetapkan.
"Tahap kelulusan sama seperti calon lesen memandu awam iaitu perlu menjawab betul sekurang-kurangnya 42 daripada 50 soalan disediakan.
"Saya agak risau juga kerana hanya 35 peratus daripada tenaga pengajar yang diuji lulus. Malah ada tenaga pengajar terbabit yang hanya berjaya menjawab 10 soalan sahaja dengan betul," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Kursus Pembaharuan Sijil Pengajar Institut Memandu yang melibatkan 396 tenaga pengajar memandu seluruh Perak .
Mad Yasir berkata, begitupun JPJ Perak tidak akan mengantung lesen tenaga pengajar terbabit, sebaliknya akan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani ujian bertulis itu semula pada masa depan sehingga lulus.
Beliau berkata, sehubungan itu, agensinya akan mengadakan kursus dan bengkel kepada baki 257 tenaga pengajar yang gagal ujian terbabit bagi mem- perbaiki tahap pengetahuan teori undang-undang jalan raya mereka.
"Sebenarnya pelaksanaan Ujian Undang-Undang Bahagian 1 ini bukanlah bertujuan untuk menggagal atau menghukum tenaga pengajar terbabit.
"Ia lebih kepada menilai dan memperbaiki kelemahan bagi meningkatkan prestasi institut memandu (IM) di negeri ini," katanya.
Mad Yasir juga percaya kegagalan tenaga pengajar memandu terbabit bukan disebabkan mereka kurang fasih undang-undang jalan raya, tetapi kerana terkejut atau kurang bersedia untuk menghadapi ujian bertulis itu yang julung kali diadakan.
Sehubungan itu, beliau percaya tenaga pengajar di IM dan sekolah memandu berkenaan akan mendapat keputusan lebih baik dalam ujian berkenaan pada sesi akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)