Translate

Wednesday, June 18, 2025

‘Sepatutnya saya naik bas itu bersama rakan-rakan lain’

 

BESUT – Dua individu terma suk seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terselamat daripada nahas yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berham piran Tasik Banding, Gerik, Perak semalam. 

 Pelajar tersebut Muhammad Shafie Mat Anuar, 21, berkata, dia sepatutnya menaiki bas tersebut bersama 41 rakan sekuliahnya untuk pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak pada pukul 9 malam kelmarin. 

 “Begitupun saya yang mengalami demam sejak bebera pa hari lalu ditahan ke dalam wad kerana disyaki dijangkiti Leptospirosis (kencing tikus) se baik mendapatkan rawatan di Hospital Besut pagi semalam (kelmarin). 

 “Saya tergamam apabila di maklumkan bas yang sepatutnya saya naik itu terlibat dalam ke malangan maut di Tasik Ban ding, Gerik, Perak awal pagi tadi (semalam),” katanya ketika di hubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Muhammad Shafie berka ta, biarpun bersyukur tersegat sedih mengenangkan nasib rakan-rakan sekuliahnya yang terlibat dalam tragedi berkenaan. 

 “Allah selamatkan saya asbab ditimpa sakit hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Be gitupun, saya amat sedih me ngenang nasib rakan-rakan yang terkorban dan cedera. Setakat ini, mereka masih tiada khabar berita,” katanya. 

 Sementara itu, seorang wanita, Noraini Mat Seman mem beritahu, bapanya, Mat Seman Che Lah sepatutnya menjadi pemandu bas yang membawa pela jar UPSI pulang ke kampus mereka semalam.

Bagaimanapun, katanya, ba panya terpaksa menolak tugas tersebut kerana mahu meng hantar dia bersama anak-anak pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.

 “Abah ada memaklumkan bahawa pihak pengurusan bas pada awalnya meminta dia dan seorang lagi rakan untuk bertu gas. Abah tidak dapat memenuhi permintaan itu. Rakannya juga tidak boleh bertugas kerana ada kenduri,” katanya. 

 Noraini memberitahu, dia dan bapanya mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan daripada adiknya dan terkejut apabila dimaklumkan bas yang sepatut dipandunya itu terlibat dengan kemalangan.

Tuesday, June 17, 2025

‘Di masjid inilah mereka berkumpul’

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN, TOREK SULONG dan WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI

BESUT – Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh di sini semalam saat orang ramai me­nyambut kepulangan 15 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak.

Apa yang membuatkan penduduk sedih apabila lokasi masjid tersebut merupakan tempat kesemua arwah terdiri daripada sembilan pelajar perempuan dan empat lelaki terbabit berkumpul sebelum mereka memulakan perjalanan ke Tanjung Malim kelmarin.

Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada sanak-saudara, masyarakat setempat dan rakan sekampus hadir menyambut ketibaan van-van yang membawa jenazah.

Van membawa jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pertama tiba pada pukul 10.45 malam bagi solat jenazah sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Pasir Gajah, Hulu Besut untuk disemadikan.

Kenderaan membawa jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, pula sekadar melintasi masjid tersebut pada waktu hampir sama sebelum dibawa ke Masjid al-Mukhlisin, Kampung Amer di sini bagi majlis pengebumian.

Baki van membawa 13 jenazah pelajar UPSI yang terkorban pula hanya tiba di pekarangan Masjid Hadhari pada pukul 3 pagi.

Ia melibatkan jenazah Fakrul Arif Rosdi, 20, Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd. Sofian, 23, dan Muhammad Mustaqim Rosde, 21.

Selain itu, van-van terbabit turut membawa jenazah Nik Amni Nadiah Nik Nor Zubir, 21, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, Nur Dalila Farhana Mohamed Isma, 21, Nurly Sahirah Azman, 23, Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, Sufea Adela Maslihaizan, 21, dan Fatin Nasrien Fadli, 22, Anis Soffiyyah Md. Zaidi, 20, dan Nor Ayuni Maslan, 21.

Solat jenazah semua jena­zah yang dilaksanakan serentak dipimpin Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sejurus solat jenazah selesai pada pukul 3.20 pagi, kesemua jenazah dibawa ke kampung halaman masing-masing di sekitar daerah ini dan Setiu untuk dikebumikan.

Izwan Iskandar Che Sopian, 27, yang merupakan sepupu Fakhrul Arif bagaikan tidak percaya kenyataan yang sedang dihadapi mereka.

“Kami yang menghantar Fakhrul menaik bas untuk pulang ke kampus UPSI di pekarangan Masjid Hadhari ini pada 9 malam, Ahad lalu.

“Sehari kemudiannya kami kembali di lokasi sama tetapi untuk menuntut jenazahnya pula,” katanya di sini semalam.

Ibu saudara Nor Ayuni, Iza Mahmood, 52, juga senada, dia tiba di Masjid Hadhari sejak pukul 9.30 malam kelmarin bagi memberi penghormatan terakhir buat anak saudaranya.

“Tak sangka Nor Ayuni yang merupakan anak bongsu pergi dahulu mengikut arwah ibunya yang telah lama meninggal dunia.

“Kami reda ketentuan Allah. Cuma doa dan mengiringi perjalanan terakhirnya (Nor Ayuni) terjemahan kasih sayang kami terhadap dia,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Hadari, Mohd. Noor Ibrahim memberitahu, solat 13 jenazah serentak merupakan paling ramai pernah dilaksanakan sejak rumah ibadat Islam terkenal di daerah ini beroperasi sejak lebih 16 tahun lalu.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak walaupun kami menerima tetamu terdiri ahli keluarga mangsa dan penduduk setempat yang agak ramai.

“Pengurusan masjid turut berduka cita kerana menganggap kesemua mangsa yang masih muda seperti anak sendiri,” katanya.

Monday, June 16, 2025

Benteng penahan ombak penyelamat ‘mahligai cinta’

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Seorang pesara yang pernah tular sebelum ini selepas banglo ‘mahligai cinta’ yang dibina buat arwah isterinya hampir ranap dihentam ombak besar pada musim tengkujuh lalu kini boleh tidur lena apabila kediaman tersebut dilindungi benteng penahan ombak.

Pemiliknya, Mohd. Yazid Idris, 66, berkata, struktur tanah di sekeliling banglo itu sudah diperkukuh dengan tambakan bongkah-bongkah batu.

-Advertisement-

“Projek benteng penahan ombak tersebut sedang giat dibina di sepanjang pantai di perkampungan kami.

“Alhamdulillah hati saya semakin tenang untuk menghadapi musim tengkujuh akan datang dijangka pada Oktober ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini semalam.

Kosmo! pada 11 Januari lalu melaporkan Mohd. Yazid dengan bantuan anak perempuan dan menantunya membanting tulang membina benteng daripada guni pasir bagi menyelamatkan bang­lo mereka yang sedang diancam hakisan pantai kronik.

Banglo yang dibina de­ngan wang persaraan RM600,000 pada 2018 itu amat bererti buat Mohd. Yazid kerana ia merupakan tanda cintanya terhadap arwah isteri, Siti Rashidah Mohd. Yunus yang meninggal dunia akibat penyakit kanser usus enam tahun lalu.

Mohd. Yazid berharap benteng penahan ombak itu dapat mengurangkan impak hakisan pantai pada tempoh Monsun Timur Laut.

Warga emas itu berkata, besar harapannya agar banglo yang dibina buat arwah isteri itu terus utuh buat selama-lamanya.

“Sebelum ini, walaupun musim tengkujuh sudah berakhir pada akhir Mac lalu, saya sentiasa berdebar setiap kali berlaku fenomena air pasang besar.

“Hati tidak tenang, tidur tidak nyenyak bila ombak besar kerana bimbang struktur banglo ini makin terhakis,” katanya.

Sunday, June 15, 2025

Pulau ‘hantu’ jadi tempat bungkus dadah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini dikesan mengubah laluan apabila menjadikan jalan laut untuk menyeludup barang terlarang itu ke negara ini. 

Tindakan itu dilakukan selepas sindiket berdepan kesukaran untuk menembusi sempadan negara melalui jalan darat disebabkan pemeriksaan ketat di pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan sejak hujung tahun lalu. 

Antara jalan laut kerap digunakan untuk kegiatan haram itu adalah perairan Pantai Timur yang merupakan sebahagian Laut China Selatan. 

Syabu, heroin dan pil yaba merupakan antara dadah popular…

Saturday, June 14, 2025

Pengusaha kedai makan didakwa dera anak saudara

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan sepupu lelakinya di Binjai di sini.

Tertuduh wanita berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengabaikan remaja perempuan berusia 15 tahun tiga bulan yang dipeliharanya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara bulan Mac hingga pukul 5.30 petang, 22 Mei lalu di premis makanan dan rumahnya di Binjai di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan pengusaha kedai makan terbabit dibebaskan dengan wang jaminan RM6,000.

Sebutan kes pula ditetapkan pada 1 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Seludup kambing guna van

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Taktik sindiket penyeludup cuba membawa masuk 28 ekor kambing secara haram menggunakan van berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Kampung Teris, Hulu Terengganu dekat sini semalam.

Van jenis Toyota Hiace mencurigakan itu berjaya ditahan sepasukan penguat kuasa JPV Terengganu pada pukul 10 pagi.

Pengarah JPV Terengganu, Dr. Anun Man berkata, pihaknya percaya penggunaan van bagi menyeludup kambing itu menjadi modus operandi baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Van mencurigakan terbabit telah diekori pasukan penguat kuasa JPV dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.

“Kenderaan itu diekori sehingga berjaya ditahan tepi jalan di Kampung Teris, Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Anun berkata, dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang disyaki anggota sindiket penyeludupan terbabit turut berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, nilai rampasan keseluruhan 28 ekor kambing dan van terbabit dianggarkan RM86,000.

“Kita percaya kambing terbabit diseludup masuk memandangkan haiwan ternakan itu mendapat permintaan tinggi sebagai ibadah korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

“Tambah membimbangkan sebahagian 28 ekor kambing itu mempunyai simptom batuk, selesema, dan mulut berbuih yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

‘Sekarang kami kembali ke tempat sama tuntut jenazah’

Oleh MOHD AZLI ADLAN, TOREK SULONG dan WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI

BESUT – Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh di sini semalam saat orang ramai me­nyambut kepulangan 15 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak.

Apa yang membuatkan penduduk sedih apabila lokasi masjid tersebut merupakan tempat kesemua arwah terdiri daripada sembilan pelajar perempuan dan empat lelaki terbabit berkumpul sebelum mereka memulakan perjalanan ke Tanjung Malim kelmarin.

Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada sanak-saudara, masyarakat setempat dan rakan sekampus hadir menyambut ketibaan van-van yang membawa jenazah.

Van membawa jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pertama tiba pada pukul 10.45 malam bagi solat jenazah sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Pasir Gajah, Hulu Besut untuk disemadikan.

Kenderaan membawa jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, pula sekadar melintasi masjid tersebut pada waktu hampir sama sebelum dibawa ke Masjid al-Mukhlisin, Kampung Amer di sini bagi majlis pengebumian.

Baki van membawa 13 jenazah pelajar UPSI yang terkorban pula hanya tiba di pekarangan Masjid Hadhari pada pukul 3 pagi.

Ia melibatkan jenazah Fakrul Arif Rosdi, 20, Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd. Sofian, 23, dan Muhammad Mustaqim Rosde, 21.

Selain itu, van-van terbabit turut membawa jenazah Nik Amni Nadiah Nik Nor Zubir, 21, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, Nur Dalila Farhana Mohamed Isma, 21, Nurly Sahirah Azman, 23, Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, Sufea Adela Maslihaizan, 21, dan Fatin Nasrien Fadli, 22, Anis Soffiyyah Md. Zaidi, 20, dan Nor Ayuni Maslan, 21.

Solat jenazah semua jena­zah yang dilaksanakan serentak dipimpin Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sejurus solat jenazah selesai pada pukul 3.20 pagi, kesemua jenazah dibawa ke kampung halaman masing-masing di sekitar daerah ini dan Setiu untuk dikebumikan.

Izwan Iskandar Che Sopian, 27, yang merupakan sepupu Fakhrul Arif bagaikan tidak percaya kenyataan yang sedang dihadapi mereka.

“Kami yang menghantar Fakhrul menaik bas untuk pulang ke kampus UPSI di pekarangan Masjid Hadhari ini pada 9 malam, Ahad lalu.

“Sehari kemudiannya kami kembali di lokasi sama tetapi untuk menuntut jenazahnya pula,” katanya di sini semalam.

Ibu saudara Nor Ayuni, Iza Mahmood, 52, juga senada, dia tiba di Masjid Hadhari sejak pukul 9.30 malam kelmarin bagi memberi penghormatan terakhir buat anak saudaranya.

“Tak sangka Nor Ayuni yang merupakan anak bongsu pergi dahulu mengikut arwah ibunya yang telah lama meninggal dunia.

“Kami reda ketentuan Allah. Cuma doa dan mengiringi perjalanan terakhirnya (Nor Ayuni) terjemahan kasih sayang kami terhadap dia,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Hadari, Mohd. Noor Ibrahim memberitahu, solat 13 jenazah serentak merupakan paling ramai pernah dilaksanakan sejak rumah ibadat Islam terkenal di daerah ini beroperasi sejak lebih 16 tahun lalu.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak walaupun kami menerima tetamu terdiri ahli keluarga mangsa dan penduduk setempat yang agak ramai.

“Pengurusan masjid turut berduka cita kerana menganggap kesemua mangsa yang masih muda seperti anak sendiri,” katanya.

Penipuan cabutan bertuah bank cecah 12 mangsa, lebih RM250,000 lesap

Oleh MOHD AZLI ADLAN

 KUALA TERENGGANU – Dua lagi penduduk Terengganu menjadi mangsa penipuan skim cabutan bertuah bank palsu semalam melibatkan kerugian RM19,599.

Setakat ini, sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi sama berjaya memerangkap 12 mangsa di negeri ini dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM259,103.57 sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kesemua mangsa kehilangan wang dalam akaun simpanan mereka setelah menekan pautan kononnya peraduan cabutan bertuah anjuran sebuah bank tempatan terbabit.

“Kejadian terbaharu berlaku semalam melibatkan seorang peniaga lelaki dan guru wanita masing-masing berusia 52 tahun.

“Mereka masing-masing kerugian RM14, 110 dan RM5,499 akibat diperdaya sindiket penipuan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, mangsa pertama yang merupakan peniaga lelaki telah menekan pautan peraduan cabutan bertuah kononnya anjuran sebuah bank tempatan dalam laman Facebook di rumahnya di Pengadang Baru di sini pukul 7.15 pagi semalam.

Beliau berkata, mangsa menerima notifikasi pengeluaran wang simpanannya di tiga akaun bank tersebut tanpa pengetahuannya beberapa minit kemudian.

Azli berkata, mangsa kedua pula hanya menyedari wang simpanannya telah lesap apabila membuat semakan di cawangan bank tersebut di Dataran Austin, Kuala Nerus setelah pengeluaran wang dalam talian menerusi aplikasi di telefon bimbitnya tidak dapat digunakan sejak kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Friday, June 13, 2025

Nahas UPSI: Jenazah Muhammad Adib Hazim selamat disolatkan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim yang merupakan salah seorang mangsa nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terawal tiba di Masjid Hadhari di sini sebentar tadi.

Van yang membawa jenazah Muhammad Adib Hazim, 21, tiba di pekarangan masjid tersebut pada pukul 10.45 malam.

Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Gerik, Perak setelah urusan bedah siasat selesai.

Jenazah pelajar tersebut kemudiannya disolatkan hampir 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Sejurus kemudian, jenazah Muhammad Adib Hazim terus dibawa untuk dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini.

Sementara itu, jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad pula dijangka dibawa terus ke kampung halamannya di Kampung Amer di sini.

Baki 13 jenazah pelajar UPSI yang turut terkorban dalam nahas terbabit pula dijangka tiba di Masjid Hadhari pada awal pagi nanti. – KOSMO! ONLINE

Nahas UPSI: 3,000 beri penghormatan terakhir kepada 13 jenazah mangsa


Oleh MOHD AZLI ADLAN dan TOREK SULONG

BESUT – Seramai lebih 3,000 terdiri dalam kalangan sanak-saudara dan masyarakat setempat memenuhi pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh, di sini, hari ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi korban nahas bas persiaran di Gerik, Perak semalam.

Hadir sama 160 rakan mangsa dari kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak yang tiba dengan empat bas.

Van-van membawa jenazah tiga lelaki dan 10 perempuan terbabit tiba di pekarangan Masjid Hadhari tersebut pada pukul 3 pagi.

Van-van dari Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak itu membawa jenazah Fakrul Arif Rosdi, 20; Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd. Sofian, 23; dan Muhammad Mustaqim Rosde, 21.

Selain itu, jenazah Nik Amni Nadiah Nik Nor Zubir, 21; Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21; Nur Dalila Farhana Mohamed Isma, 21; Nurly Sahirah Azman, 23; Nurul Fatihah Abu Setaman, 22; Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21; Sufea Adela Maslihaizan, 21; Fatin Nasrien Fadli, 22; Anis Soffiyyah Md. Zaidi, 20; dan Nor Ayuni Maslan, 21, turut dibawa pulang.

Solat jenazah kesemua mangsa dipimpin Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sejurus selesai solat jenazah pada pukul 3.20 pagi, kesemua jenazah pelajar UPSI terbabit kemudiannya dibawa ke kampung halaman masing-masing di sekitar daerah ini dan Setiu untuk dikebumikan.

Pengurusan jenazah kesemua mangsa ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu.

Terdahulu jenazah dua lagi mangsa iaitu Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, dan Muhammad Adib Hazim Halim, 21, masing-masing selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer dan Kampung Pasir Badak di sini pada pukul 11.13 malam dan 12.30 tengah malam.

Kesemua mangsa tersebut maut dalam nahas melibatkan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada pukul 1 pagi semalam.

Sewaktu kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak setelah bercuti Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Nahas UPSI: Keluarga Ayuni tidak dendam dengan drebar bas

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nor Ayuni Maslan, 21, sedia memaafkan pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut 15 nyawa di Gerik, Perak awal pagi kelmarin.

Abang mangsa, Ahmad Azizul, 26, berkata, kemaafan itu dibuat demi ketenangan adik bongsunya yang kini sudah berada di alam barzakh.

“Kami sekeluarga memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini dan bersedia menerima permohonan maaf daripada pemandu bas.

“Sekiranya siasatan kelak mendapati dia (pemandu) bersalah biarlah pihak berkaitan (mahkamah) yang menentukan hukumannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Tenang, Hulu Besut di sini hari ini.

Terdahulu, pemuda itu dan keluarganya menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan.

Kosmo! semalam melaporkan pemandu bas berusia 39 tahun memohon maaf kepada keluarga 42 pelajar UPSI yang terlibat dalam nahas di Jalan Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Dia mendakwa kemalangan berpunca disebabkan kegagalan brek ketika bas tersebut dalam perjalanan menghantar pelajar ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Bercerita lanjut, Ahmad Azizul berkata, mereka sekeluarga sempat menyambut ulang kelahiran Nor Ayuni yang ke-21 sebelum menghantar adiknya menaiki bas di Masjid Hadhari, Jerteh.

Allahyarham Nor Ayuni yang merupakan pelajar tahun pertama Sarjana Muda Sains Pertanian (Perkembangan Pertanian dengan Pendidikan) kelihatan terkejut dan terharu dengan sambutan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Nahas UPSI: Maidam hulur bantuan kepada keluarga 42 mangsa

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menghulurkan bantuan keseluruhan RM49,500 kepada keluarga 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak pada Isnin lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata, setiap keluarga 15 mangsa yang terkorban menerima bantuan RM1,500, manakala RM1,000 bagi pelajar yang cedera.

-Advertisement-

“Kesemua pelajar UPSI yang terlibat merupakan menerima zakat sama ada asnaf fakir miskin dan fisabillah.

“Semakan kami juga mendapati 13 daripada 15 pelajar meninggal dunia merupakan keluarga asnaf fakir miskin yang sedia berada dalam pemerhatian Maidam,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau menyantuni 14 daripada 15 keluarga pelajar UPSI meninggal dunia yang menetap di sekitar daerah ini.

Ahmad Azrin berkata, sembilan daripada 27 mangsa yang cedera juga merupakan keluarga penerima zakat kategori asnaf fakir miskin.

Beliau berkata, kebajikan kesemua keluarga pelajar UPSI terlibat akan terus dijaga Maidam.

“Kami juga akan meninjau bantuan lain yang boleh diberikan kepada keluarga mangsa ini. Kadang-kala memerlukan keperluan lain selain bantuan kewangan bulanan dan tahunan diberikan.

“Contohnya pengorbanan adik-beradik salah seorang mangsa cedera yang terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran yang di luar pengetahuan Maidam sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Nahas UPSI: Hanya barang pulang, tuannya sudah tiada

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Ibu bapa Nur Dalila Farhana Mohamad Isma yang terkorban dalam nahas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak dapat menahan sebak menerima barang peribadi Allahyarham yang tiba hari ini.

Mohamad Isma Abdul Manaf, 47, yang merupakan pesara tentera dan isterinya, Norinda Kasim, 49, tidak dapat menahan air mata sewaktu membuka beg dan kotak mengandungi barangan peribadi anak sulungnya.

Norinda berkata, hatinya luluh sebaik menatap sehelai baju blouse Nur Dalila Farhana yang sedondon dengannya.

“Baju blouse itu dipegang dan dicium, masih kuat bau badan dia (Nur Dalila Farhana). Kami beli bersama-sama lebih lima tahun lalu.

“Sayu sebab hanya barang-barang yang pulang, orangnya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Tok Dor di sini hari ini.

Terdahulu Mohamad Isma mengambil barangan peribadi anaknya yang dihantar konvoi UPSI di pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh di sini semalam.

Norinda berkata, Nur Dalila Farhana, 21, sebagai anak sulung daripada tiga beradik amat manja dan rapat dengannya.

Suri rumah itu berkata, arwah juga harapan keluarga dan bercita-cita menjadi pendidik. – KOSMO! ONLINE