Translate

Thursday, December 7, 2017

Mangsa banjir Terengganu meningkat 921 orang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

MARANG - Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah hari ini dengan 921 mangsa ditempatkan 13 pusat pemindahan di seluruh negeri.

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, ia peningkatan berbanding 600 penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan pada semalam.

Beliau berkata, lima daerah terlibat dengan banjir iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang dan Dungun.

"Marang mencatatkan mangsa banjir teramai dengan 473 orang diikuti  Kuala Nerus (261), Kuala Terengganu (77),  Setiu (65) dan Dungun (45).


"Seramai 21 mangsa banjir di Besut yang sebelum ini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tembila telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment