Translate

Thursday, December 7, 2017

Mangsa banjir Terengganu kini 1,479 orang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Bilangan mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 1,479 orang pada pagi ini.

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, ia penambahan daripada 921 orang pada malam tadi.

"Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 12 pusat pemindahan yang telah dibuka di lima daerah di negeri ini.

"Kuala Nerus mencatatkan mangsa banjir teramai iaitu 824 orang diikuti Marang (429), Kuala Terengganu (81), Dungun (45) dan Setiu (32)," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, setakat ini, cuaca cerah di sebahagian besar kawasan di Terengganu yang membolehkan air banjir dijangka semakin surut.


Menurut beliau juga, kesemua jalan persekutuan dan negeri yang terpaksa ditutup untuk laluan semalam akibat dilimpahi banjir kini boleh dilalui oleh semua kenderaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment