Translate

Sunday, November 23, 2025

Usahawan hartanah, adik didakwa rosakkan kereta jurujual

BESUT – Usahawan hartanah, Datuk Mohamad Azlan Abdul lah @ Ali, 38, atau dikenali sebagai Azlan Al Amin dan adiknya, Mohd. Mustakim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merosakkan kereta seorang jurujual kad sim telekomunikasi pada Khamis lalu. 

 Kedua-dua mereka yang juga Orang Kena Saman (OKS) men gaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud. 

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Azlan dan Mohd. Mustakim didakwa merosakkan sebuah kereta Perodua Bezza di naiki Wan Hafizie Wan Mohamd, 36, yang menyebabkan kerugian RM5,000 di hadapan rumah mereka di Kampung Pengkalan Buluh, Jerteh di sini pada pukul 11 malam, 23 Oktober lalu.

Mohamad Azlan dan Mohd. Mustakim didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Mohd. Mustakim bersama tiga pekerja Mohamad Azlan lain iaitu Ramli Mohd, 56, Muham mad Shafiq Hakimi Hussain, 21, dan Muhammad Haiqal Mirzan Mohd. Mazli, 23, mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan kepada Wan Hafizie pada lokasi, masa dan tarikh sama. 

 Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Wan Hafizie pula dihadapkan atas dua pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terha dap Mohamad Azlan dan Mohd. Mustakim pada lokasi, waktu dan tarikh sama. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan. Hakim Ahmad Fadhli membenarkan kesemua dibebaskan dengan jaminan dan masing masing seorang penjamin. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Najah Azhar dan Muhammad Akmal Mohd Jazlee.

No comments:

Post a Comment