KUALA TERENGGANU - Seorang mudir sebuah pondok di Tumpat, Kelantan ditahan sekali lagi kelmarin bagi membantu siasatan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz di Batu Rakit, Kuala Nerus, di sini tujuh bulan lalu.
Lelaki berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Abuya tersebut ditahan di pekarangan sebuah madrasah di Wakaf Bharu, Tumpat pada pukul 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mengesyaki suspek melakukan amang seksual zikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Beliau berkata, perbuatan tersebut disyaki berlaku di dalam sebuah pondok di Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 9 malam, Februari lalu.
“Semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes sek sual luar tabii dan pengania yaan terhadap kanak-kanak.
“Dia telah direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” ka anya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Azli berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, lelaki sama telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Pasir Mas atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual zikal terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah pada Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu.
Dia bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan terbabit.

No comments:
Post a Comment