Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memberi jaminan peminat motosikal Yahama RXZ boleh menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 selama dua hari ber mula Jumaat ini dengan tenang tanpa perlu risau ‘dipukat’ pihak berkuasa.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, pihaknya tidak akan memilih pendekatan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang penganjuran program yang dijangka disertai lebih 100,000 peminat motosikal Yamaha RXZ seluruh negara.
Sebaliknya beliau berkata, penguat kuasa undang-undang, kawalan ketenteraman awam dan kelancaran trafik akan dilak sanakan menerusi rondaan anggota polis bertugas.
“Seramai 600 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang penganjuran Himpu nan RXZ Members 7.0.
“Kawalan akan dilakukan di lokasi penganjuran iaitu Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini dan lokasi tumpuan peserta seperti tempat penginapan mereka di sekitar bandar raya ini dan daerah sekitar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu di sini semalam.
Mohd. Khairi mengingatkan peseta RXZ Members 7.0 agar mematuhi undang-undang termasuk memiliki lesen memandu sah dan tidak mengubah suai motosikal tanpa spesifikasi yang dibenarkan.
Beliau berkata, peserta himpunan itu juga diingatkan agar tidak membuat bising di tempat awam dan membawa barangan terlarang seperti dadah.
“Sebarang pelanggaran undang-undang (oleh peserta) akan diambil tindakan tegas oleh pegawai dan anggota polis yang melakukan rondaan.
“Mereka juga dinasihatkan menyelenggara motosikal masing-masing dengan baik dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan homestay (inap desa) yang tidak wujud,” katanya.
Mohd. Khairi berkata, sewaktu penganjuran Himpunan RXZ Members 6.0 yang dihadiri 60,000 orang pada tahun lalu, sebanyak sembilan kemalangan melibatkan peserta program itu dilaporkan.
Beliau berkata, kemalangan menyebabkan tiga kematian, manakala enam peserta lain pula cedera parah.
“Tiga kes penipuan homestay (inap desa) melibatkan peserta program sama juga dilaporkan pada tahun lalu. “Kita juga mengeluarkan 89 notis kompaun dan menyita 15 motosikal peserta RXZ Members 6.0 atas pelbagai kesalahan dalam tempoh sama,” katanya.

No comments:
Post a Comment