Translate

Tuesday, November 25, 2025

Penunggang motosikal maut angkara langgar kerbau


 KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut selepas motosikal yang ditung gang merempuh seekor kerbau di Kampung Alor Parit di sini semalam. 

 Dalam kemalangan pada pukul 3.10 pagi itu, mangsa, Siti Nur Zainatul Akmal Hanim Muhammad Hanipah, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecede raan parah pada kepala dan beberapa anggota badan. 

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian mangsa dikata kan dalam perjalanan ke Kampung Undang, Marang dari pusat bandar raya ini.

 “Sewaktu tiba di lokasi kejadi an, motosikal jenis Honda Beat ditunggang mangsa gagal mengelak sebelum merempuh seekor kerbau yang berada di tengah jalan. 

 “Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke jalan raya,” katanya semalam. 

 Azli berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tidak perasan kehadiran haiwan terbabit kerana laluan berkenaan gelap tanpa dilengkapi kemudahan lampu jalan. 

 Beliau berkata, pegawai peru batan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesah kan wanita tersebut sudah me ninggal dunia. 

 “Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sul tanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment