Translate

Wednesday, November 26, 2025

Penjawat awam harap dapat sebulan bonus

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 KUALA TERENGGANU – Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat mempertimbang kan pemberian imbuhan atau bonus sekurang-kurangnya sebulan kepada penjawat awam berkelayakan pada pembentangan Bajet 2026 pada 10 Oktober depan. 

 Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, penjawat awam sudah lama tidak menerima khabar gembira diberi bonus tahunan sebulan gaji sebaliknya sekadar pukul rata RM500 sahaja sejak sekian lama. 

 Beliau berkata, kali terakhir kerajaan mengumumkan imbuhan sebulan gaji kepada pen jawat awam dalam pembentangan bajet tahunan kira-kira 12 tahun lalu.

 “Sudah lama kami (penjawat awam) tidak mendengar perkataan (bonus) dalam bentuk sebulan gaji, hanya RM500. 

 “Kami tetap berterima kasih kepada kerajaan dan tidak pernah menyatakan tuntutan ini suatu yang pasti tetapi ia sangat-sangat dinanti kerana sudah lama tidak menerima (bonus) sebulan atau dua bulan gaji,” kata nya pada Makan Malam Apresiasi Madani anjuran Cuepacs Terengganu di sini malam kelmarin.

 Adnan berkata, pengumuman imbuhan pada Bajet 2026 itu amat ditunggu-tunggu biarpun sektor perkhidmatan awam telah mendapat kenaikan gaji lapan peratus pada Disember tahun lalu dan tambahan tujuh peratus pada Januari tahun depan. 

 Beliau berharap penambahan skim perkhidmatan awam sebelum ini harus dibezakan dengan pertimbangan bonus tahunan kepada kakitangan kerajaan. 

 “Bonus atau bantuan kewangan ini satu ihsan daripada kerajaan di atas perkhidmatan penjawat awam yang menjadi tunjang negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment