Translate

Saturday, November 22, 2025

460 hotspot banjir di Terengganu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM 

 KUALA TERENGGANU – Se banyak 460 kawasan di seluruh Terengganu telah dikenal pasti sebagai hotspot atau lokasi be risiko banjir pada musim teng kujuh yang bakal tiba tidak lama lagi. 

 Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, ia peningkatan 11 kawasan ber banding 449 kawasan berisiko banjir pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) tahun lalu. 

 Katanya, Hotspot terbanyak di Kuala Terengganu iaitu 97 ka wasan, di ikuti Dungun (72), Se tiu (59), Hulu Terengganu (63), Kemaman (55), Kuala Nerus (47), Marang (35) dan Besut (32). 

 “Kuala Terengganu tertinggi kerana daerah itu mempunyai banyak penempatan,” katanya selepas memberi taklimat Kesiapsiagaan MTL di sini semalam. 

 Osman berkata, tumpuan akan diberikan terhadap kawasan terletak di tebing lembangan sungai utama di negeri ini seperti Sungai Terengganu, Sungai Dungun dan Sungai Kemaman. 

 Beliau berkata, sebanyak 43 perkampungan yang terletak di muara sungai juga berisiko di landa banjir ekoran fenomena air pasang besar sepanjang tempoh MTL. 

 “Selain hakisan pantai, kebimbangan kita taburan hujan terlalu lebat yang berlaku secara tiba-tiba. Sebagai contoh Hulu Terengganu dan Kampung La, Besut pernah ditimpa hujan 700 mililiter (ml) sehari masing masing pada 2022 dan 2023. Itu purata taburan hujan yang sepatutnya turun dalam tempoh tiga bulan,” katanya. 

 Di Tapah, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon 4 Tapah, Khairul Anuar Mhd. Sayuti berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengenal pasti 10 hotspot dengan tujuh daripadanya terletak di Tapah iaitu Kampung Batu 16 hingga Kampung Batu 3, Jalan Pahang dan Taman Perumahan Awam Batu 13 Temoh. 

 “Selain itu, Taman Orkid, Kam pung Baru China Chenderiang, Kampung Pasir Temoh, Taman Saujana Indah, Tapah Road dan Kampung Rahmat, Bidor.

 “Bagi daerah Tanjung Malim pula tiga lokasi iaitu Kampung Klah Baru Sungkai, Kampung Menderang, Sungkai dan Kampung Poh,” katanya.

No comments:

Post a Comment