Oleh MOHD. AZLI ADLAN
MARANG – Kedukaan Nur Na bilah Abdul Rahim, 23, yang baru kehilangan ibu bapa seren tak dalam tragedi bot terbalik tiga minggu lalu sedikit terubat apabila kemasukan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dipermudahkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Anak ketiga pasangan Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhas riah Che Osman, 46, itu akan mendaftar masuk ke kampus UMT di Kuala Nerus pada minggu depan.
“Alhamdulillah, saya ditawar kan untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian di UMT. “Tidak sangka pengurusan UMT menghulurkan bantuan awal pengajian yang amat mer ingankan saya untuk mendaftar masuk pada 28 September ini,” katanya selepas disantuni Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim di rumahnya di Pulau Kerengga di sini semalam.
Nur Nabilah berkata, sebelum ini, dia berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan sama di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh di UMT kelak bagi mencapai cita cita menjadi pensyarah seperti diimpikan kedua-dua arwah ibu dan bapanya.
“Arwah ayah dan ibu semasa hayatnya sering berharap sekurang-kurangnya salah seorang anaknya menjadi pendidik. Insya-Allah saya akan pegang amanat itu,” katanya.
Sementara itu, Zamri berkata, pengurusan UMT terpanggil untuk membantu Nur Nabilah setelah dia dan empat adik nya kehilangan ibu bapa sekelip mata supaya gadis tersebut dapat melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
Beliau berkata, pengurusan UMT tidak mahu kesedihan dan kesukaran Nur Nabilah yang kehilangan tempat bergantung membantutkan peluangnya untuk menggenggam segulung ijazah.
“Dia (Nur Nabilah) yang meru pakan anak pertama dalam keluarganya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti juga layak untuk diserapkan dalam program Sulung.
“Program khas itu menaja yuran pengajian pelajar berke layakan dalam kalangan keluarga B40 (kurang berkemampuan) dengan syarat mencapai sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif 3.0 setiap semester,” katanya.
Kosmo! 2 September lalu me laporkan Abdul Rahim yang me rupakan nelayan tradisional maut bersama isterinya, Norhas riah setelah bot fiber dinaiki mereka terbalik sewaktu sedang menangkap ikan di perairan Kuala Merchang

No comments:
Post a Comment