KUALA TERENGGANU – Kerana terlalu takut dituduh terlibat jenayah, seorang pelajar sebuah universiti awam bertindak mengeluarkan wang simpanan ibu bapanya dan menyerahkan barangan kemas ibunya kepada sindiket penipuan sehingga kerugian RM187,800.
Wanita berusia 26 tahun itu yang menyedari tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 9.43 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pelajar tersebut dihubungi suspek yang menyamar kononnya wakil sebuah syarikat pengendali edompet pada 4 Ogos lalu.
“Suspek mendakwa kononnya mangsa menyalah guna akaun edompetnya sebelum panggilan kemudian disam bungkan kepada orang lain menyamar pegawai polis dan individu bergelar Datuk.
“Mangsa didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah,” katanya di sini semalam.
Katanya, pelajar wanita itu diarahkan untuk melakukan pindahan wang kepada suspek kononnya bagi tujuan siasatan.
Katanya, wanita tersebut yang ketakutan mengambil kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik ibu bapanya untuk mengeluarkan wang bagi diserahkan kepada suspek.
“Pindahan wang tersebut dilakukan sebanyak lapan transaksi ke enam akaun bank berasingan yang diberi suspek antara 4 hingga 9 Ogos lalu.
“Mangsa juga menyerahkan tiga utas gelang tangan, lima bentuk cincin dan satu loket kepada seorang lelaki di Jalan Pantai Penarik, Setiu pada Sabtu lalu,” katanya.
Azli berkata, dia hanya menyedari tertipu apabila diarahkan menyerahkan semua barangan kemas milik keluar ganya kepada seorang wanita yang memakai pelitup muka.
No comments:
Post a Comment