KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun yang didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram kerugian RM39,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.
Ibu tunggal 10 anak yang kematian suami kira-kira 10 tahun tersebut membuat laporan berhubung kes terse but di Ibu Pejabat Polis Dae rah (IPD) Kuala Terengganu di sini pada pukul 10.23 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, wanita warga emas yang tinggal bersendirian telah dihubungi suspek mengaku kononnya wakil sebuah syarikat insu rans pada 21 Oktober lalu.
“Mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Sim pang Tok Ku di sini gelabah apabila didakwa suspek ko nonnya telah membuat tuntutan berjumlah RM68,000 bagi rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“Panggilan seterusnya di sambung kononnya ke IPD Petaling Jaya. Wanita warga emas berkenaan bertambah panik apabila didakwa pula terlibat dalam aktiviti pen gubahan wang haram,” katanya di sini semalam.
Azli berkata, suspek kemudiannya mengertak ibu tunggal berkenaan membuat pembayaran sekiranya tidak mahu kononnya waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.
Beliau berkata, wanita itu akur dan setiap kali dia ke bank untuk mengeluarkan wang simpanan, tempahan kenderaan e-hailing dilaku kan suspek.
“Mangsa membuat pembayaran keseluruhan RM39,000 menerusi sembilan transaksi ke dalam akaun bank diberi suspek.
“Transaksi pindahan wang tersebut berlaku antara pukul 11.08 pagi, 24 November hingga pukul 10.25 pagi, 27 November lalu,” katanya
No comments:
Post a Comment