Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan ALANI NIZAM
KUALA TERENGGANU – Golongan ibu bapa melahirkan rasa bimbang selepas berteru san menerima mesej tawaran pengajian meskipun tidak per nah menyerahkan data peribadi mereka mahupun anak kepada mana-mana pihak.
Malah mereka mendakwa, terdapat tawaran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diterima daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tidak pernah dimohon.
Seorang ibu, Nor Shaz wana Kamaruddin, 44, berkata, dia rimas apabila menerima ban yak mesej tawaran melanjut kan pelajaran ke kolej swasta menerusi aplikasi WhatsApp untuk anak lelakinya yang juga lepasan SPM.
Katanya, tawaran itu bagaimanapun tidak diendah kan kerana anak sulungnya memilih untuk melanjutkan pela jaran ke tingkatan enam.
“Kami ragu-ragu kerana tawaran diberi terlalu rawak tanpa pihak berkenaan bertan yakan keputusan peperiksaan SPM anak saya.
“Tambah meragukan sebahagian tawaran itu tidak me maklumkan institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditawarkan malah sebahagian meminta bayaran deposit kononnya sebagai bayaran proses kemasukan,” katanya kepada Kosmo!.
Dalam pada itu, Nor Shazwana berkata, dia percaya keban yakan mesej tawaran itu dihan tar ejen pencari pelajar bukan pengurusan IPT itu sendiri.
“Bimbang kolej swasta ditawarkan tidak diiktiraf dan program pengajiannya pula tidak menerima akreditasi. Yuran pengajiannya juga lebih mahal disyaki sebahagiannya meru pakan komisen untuk ejen yang mencari pelajar,” dakwanya.
Sementara itu, penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Kamal, 46, berkata, dia dan isterinya menerima puluhan mesej promosi pendidikan daripada pelbagai IPTS sejurus selepas keputusan SPM anak mereka diumumkan baru baru ini.
“Apa yang mengejutkan, mesej yang dihantar bukan sekadar menyebut nama saya, tetapi juga nama penuh isteri dan anak.
“Saya tidak pernah mendaf ar dengan mana-mana IPTS, malah tidak pernah memberi maklumat peribadi kepada pihak luar. Pelik bagaimana mereka boleh dapat semua butiran itu,” katanya.
Kamal mendakwa, dia tidak menolak kemungkinan wujud pihak tertentu yang menjual data peribadi kepada institusi pendidikan tanpa kebenaran.
“Kebanyakan mesej da tang daripada IPTS yang saya sendiri tidak pernah dengar, dan ada antaranya tidak mem punyai pengiktirafan yang sah daripada Agensi Kelayakan Ma laysia (MQA).
“Saya bimbang jika ada ibu bapa terperdaya dan membuat bayaran yuran tanpa menye mak status pengiktirafan kur sus tersebut,” ujarnya.
Tambahnya, isu kebocoran maklumat ini perlu dipandang serius kerana melibatkan ke selamatan dan privasi keluarga.
“Harap pihak berkuasa dapat menyiasat dari mana data peribadi ini dibocorkan dan mengambil tindakan,” katanya.
No comments:
Post a Comment