KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat pengendali bas ekspres diberi amaran keras berikutan kegagalan memastikan sebahagian tali pinggang penumpang berada dalam keadaan baik dan berfungsi.
Dalam operasi penguatkuasaan kelmarin, dua penumpang wanita panik hampir disaman anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kera na tidak memakai tali pinggang keledar ekoran kegagalan aksesori tersebut berfungsi.
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, dua gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu dilepaskan apabila pemeriksaan mendapati tali pinggang keledar di kerusi penumpangnya benar benar mengalami kerosakan.
Beliau berkata, sebaliknya pemandu bas ekspres terbabit diberi advokasi tegas kerana tidak memeriksa aksesori ber kenaan sebelum bergerak dari terminal bas.
“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana bas ekspres itu masih baru dikeluarkan pada 2024.
“Semakan terhadap keadaan bas termasuk memastikan tali pinggang keledar berfungsi dengan baik harus sentiasa dilakukan,” katanya ketika mengetuai operasi khas tersebut di Chen dering di sini kelmarin.
Mohd. Zamri berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan semua pengendali bas ekspres yang beroperasi di Terengganu berhubung penguatkuasaan pemakaian tali ping gang ke ledar oleh pemandu dan penumpang tersebut pada minggu depan.
Ujarnya, pertemuan itu akan memberi tumpuan agar semua tali pinggang keledar dipastikan berfungsi terutama bagi bas yang berusia lima tahun ke bawah.
Mohd. Zamri berkata, empat notis saman ketidakpatu han pemakaian tali pinggang keledar bas ekspres itu.

No comments:
Post a Comment