KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki warga emas untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tidak ke sampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Batu Hampar, Manir di sini semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 6 pagi itu, mangsa, Awang Mat Amin, 79, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisio ner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Awang yang menunggang motosikal Honda EX5 dikatakan dalam perjalanan ke Masjid Kampung Batu Hampar di sini dari rumahnya.
“Kemalangan dikatakan berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa dikatakan keluar sim pang secara tibatiba sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua.
“Sewaktu kejadian, juru rawat wanita berusia 36 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pusat perubatan di Gong Badak, Kuala Nerus dari rumahnya di Kuala Berang, Hulu Terengganu,” katanya di sini semalam.
Azli berkata, impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke jalan raya.
Beliau berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki warga emas tersebut te lah meninggal dunia.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan ah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pe ngangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments:
Post a Comment