KUALA TERENGGANU – Gara-gara takut ibu didakwa atas pertuduhan terlibat dalam kes pengubahan wang haram, seorang guru kerugian RM160,500 akibat diperdaya scammer.
Lebih teruk apabila wanita berusia 34 tahun itu turut membuat pembiayaan peribadi dengan bank dan meminjam kawan-kawan bagi menyerahkan wang kepada anggota sindiket itu kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, guru tersebut menerima panggilan daripada individu mendakwa kononnya wakil sebagai syarikat insurans.
“Suspek mendakwa kononnya ibu mangsa membuat tuntutan insurans perubatan dari sebuah hospital di Ampang, Selangor berjumlah RM68,000.
“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada ‘pegawai’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang yang memberitahu ibu nya terlibat 31 kes pengubahan wang haram,” katanya.
Menurut Azli, mangsa mengikut arahan suspek supaya mem buat pembayaran dan memasukkan RM160,500 menerusi 33 transaksi ke dalam 26 akaun berbeza.
Beliau berkata, wanita itu hanya tersedar dirinya tertipu apa bila dimaklumkan salah seorang rakan sekerjanya yang mencurigai tingkah laku mangsa sebelum membuat laporan polis
No comments:
Post a Comment