MARANG – Inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melakukan caruman Skim Lin dung Kendiri, Pertubuhan Kese lamatan Sosial (Perkeso) kepada nelayan memberi makna besar enam beradik yang kehilangan ibu bapa akibat insiden bot terbalik di perairan Kuala Merchang di sini pada akhir bulan lalu.
Mereka termasuk tiga yang masih bergelar pelajar menerima manfaat faedah orang tanggun gan (FOT) Skim Lindung Kendiri bagi membantu kelangsungan hidup selepas bergelar yatim piatu.
Pengarah Perkeso Terengganu, Suhara Mustaffa berkata, Nur Nadhirah Abdul Rahim, 26, juga layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000.
“Semakan Perkeso menda pati bapa mereka, Abdul Rahim Mustaffa, 47, yang terkorban dalam tragedi tersebut bersama isterinya, Norhasriah Che Os man, 46, merupakan pencarum aktif tajaan LKIM.
“Tiga anak Allahyarham yang masih belajar iaitu Nur Nazirah, 15; Nur Najihah, 16; dan Muham mad Haziq, 19, akan menerima FOT berjumlah RM850 sebulan,” katanya ketika menyantuni rumah keluarga tersebut di Kampung Pulau Kerengga di sini semalam.
Kosmo! 2 September lalu melaporkan Abdul Rahim yang merupakan nelayan tradisional maut bersama isterinya, Norhasriah setelah bot fiber dinaiki mereka terbalik sewaktu sedang menangkap ikan di perairan Kuala Merchang.
Suhara berkata, tiga beradik tersebut akan menerima FOT skim terbabit sehingga berusia 21 tahun atau sehingga menamat kan pengajian pada peringkat ijazah pertama.
Beliau berkata, Nur Nazirah dan Nur Najihah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di sini, juga akan diambil menjadi sebahagian 37 anak angkat Perkeso Terengganu.
“Kita akan pantau pendidikan dan kebajikan mereka termasuk soal pendidikan,” ujarnya

No comments:
Post a Comment