Saturday, March 14, 2026

Simpanan RM76,000 wanita 70 tahun lesap

 KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu gelabah akibat digertak kononnya akan diberkas kerana terlibat jenayah, seorang pesara wanita berusia 70 tahun kerugian RM76,113 akibat diperdaya sindiket penipuan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pesara itu dihubungi dua individu tidak dikenali mendakwa wakil syarikat insurans dan pegawai polis pada Jun 2025. 

“Mangsa terkejut dan gementar apabila kononnya akan ditangkap kerana terlibat kes jenayah. Suspek mengarahkan dia membuat pembayaran kononnya bagi tujuan membersihkan namanya daripada tuduhan terbabit,” katanya di sini semalam. 

Azli berkata, mangsa yang gelabah akur dengan arahan suspek sebelum mengeluarkan simpanan dan melakukan pembayaran RM76,113 ke dalam 19 akaun bank berasingan antara 12 Jun hingga 21 September lalu. 

“Wanita warga emas itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 11.17 pagi kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment