Thursday, November 20, 2025

‘Saya hilang rakan imam solat tarawih’

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan OTHMAN YAHAYA 

SUNGAI PETANI - “Selepas ini kami tidak lagi ‘berlumba’ untuk menjadi imam solat tarawih pada bulan Ramadan”. 

 Itu luahan sayu Muhammad Hazim Othman, 19, kembar kepada salah seorang mangsa lemas iaitu Muhammad Hazmi di Lata Desa Warisan, Pelong, Setiu, Terengganu kelmarin. 

 Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Adam Arief Jazlansanadi, 19. 

 Kedua-dua mereka yang juga penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit mengunjungi kawasan perkelahan terbabit bersama 24 rakan lain untuk program kelas. 

 Muhammad Hazim berkata, dia dan kembarnya sangat rapat dan berkongsi tentang banyak perkara selain mempunyai minat sama iaitu sukan memanah.

 “Selain itu, kami suka me nyertai kerja kebajikan. Paling terkesan dengan pemergian ini apabila kami tidak boleh lagi ‘berlumba’ untuk menjadi imam solat tarawih pada bulan Rama dan apabila pulang bercuti ke kampung,” katanya yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 

Sementara itu, kakak Muhammad Hazmi iaitu Fauzah, 24, berkata, bapanya, Othman Abd. Razak, 67, memberita hu, dia teringatkan Muhammad Haz mi sebaik pulang menunai kan solat Jumaat. 

 “Ayah kemudian menerima panggilan sebelum sebak dan terduduk. Ayah beritahu adik telah meninggal dunia kerana lemas,” katanya di sini. 

 Tambah Fauzah, Muham mad Hazmi seorang yang pandai mengambil hati, mendengar kata dan menghormati orang tua dengan kali terakhir mereka ber jumpa pada Oktober lalu ketika cuti semester.

 “Arwah adik sebelum ini belajar di Maahad Tahfiz Darul Aman, Kulim dan menghafal al Quran sebelum melanjut kan pengajian di IPG dalam bi dang Pengajian Islam,” katanya. 

 Dalam pada itu, Othman berkata, dia reda dengan pemergian anak bongsunya itu dan menganggap ia pengakhiran yang baik untuk arwah. 

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, dua penuntut IPG berkenaan, Adam Arief dan Muhammad Hazmi di katakan lemas kerana termasuk di dalam kawasan air berpusar. 

 “Sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan duduk di batuan yang terletak di tebing sungai sambil melihat tiga rakan mereka yang lain mandi. 

 “Adam Arief dikatakan tiba tiba tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai pada pukul 11.15 pagi. Dua rakannya termasuk Muhammad Hazmi terjun untuk menyelamatkan namun sama-sama lemas,” katanya di sini kelmarin. 

 Beliau berkata, mayat Muhammad Hazmi ditemui orang awam pada pukul 12.05 tengah hari, manakala Adam Arief kira-kira 50 minit kemudian. 

 

No comments:

Post a Comment