PETALING JAYA – Bencana alam di Sabah yang kian memburuk dijangka berterusan sehingga esok disebabkan hujan lebat yang berpunca daripada udara sejuk dibawa sistem tekanan rendah dari Filipina yang semakin kuat yang sedang bergerak laju ke arah Vietnam.
Sehingga pukul 5 petang semalam, lebih 2,202 mangsa dipindahkan ke 19 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan lima buah daerah dan 651 keluarga, manakala 35 daripada 42 buah kampung terputus hubungan selepas air meningkat mendadak.
Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Chung Jing Xiang berkata, keadaan itu bermula sejak malam Ahad lalu dan berdasarkan data meteorologi, tekanan rendah dari Filipina itu akan mendarat di Vietnam esok.
“Oleh itu, ramalan menjangka kan sebelum tempoh itu, cuaca buruk akan terus melanda Sabah,” katanya kepada Kosmo!.
Dalam pada itu, hujan berterusan mengakibatkan beberapa kawasan berdepan dengan ke jadian tanah runtuh sehingga angka korban mencecah kepada 13 orang melibatkan enam kanak kanak dan seorang warga emas di Papar, Penampang serta Kolombong.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa te jejas adalah melibatkan daerah Beaufort, Penampang, Memba kut, Tawau, Papar dan Putatan.
Selain Sabah, negeri yang terlibat banjir hingga terpaksa membuka PPS termasuk Perak (1), Selangor (1) dan Sarawak (1) manakala Negeri Sembilan telah menutup PPS Kampung Jimah Lama, Port Dickson yang dihuni 33 mangsa semalam selepas keadaan semakin pulih.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Ruslan Muharam berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah di Jalan Bintuka Gadong, Suasa dan Bangkalalak yang kini tidak lagi boleh dilalui kenderaan biasa.
“Banjir yang melanda bukan sahaja akibat limpahan Sungai Padas, tetapi turut dipengaruhi faktor air pasang surut laut yang menyebabkan air lambat surut.
“Saya sedang mempertim bangkan keperluan menempatkan bot kecemasan untuk membawa pesakit ke hospital memandangkan jalan darat tidak lagi selamat digunakan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tiga PPS dibuka un tuk menempatkan 215 mangsa daripada 63 keluarga ekoran bencana yang berlaku di Dewan Masyarakat Papar, Lok Kawi Heights Kinarut dan Balai Raya Kampung Mook Kinarut.
“Walaupun hujan telah reda sejak semalam, namun paras air kembali naik di beberapa ka wasan pagi ini dan ada penduduk yang baru mendaftar di PPS,” katanya.
Menurut Armizan, hujan lebat berlarutan sejak minggu lalu menyebabkan 18 jalan perhubungan terputus, masingmasing 12 akibat banjir kilat dan enam kerana tanah runtuh.
“Setakat ini, empat laluan boleh diakses semula. Selain itu, pencawang elektrik yang tumbang di kawasan terbabit turut menyebabkan bekalan terputus dan pihak utiliti sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera,” katanya.
Dalam pada itu, Armizan menyatakan sebanyak 15 sekolah dikenal pasti terjejas akibat banjir, namun sesi pembelajaran tidak terjejas kerana cuti sekolah. Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa yang maut dalam dua insiden tanah runtuh masing masing di Kampung Mook dan Kampung Marahang Tuntul.
Mayat kanakkanak perempuan, Kemiey Asphereynda Benny, 10, ditemukan selepas hampir 18 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mangsa akhir itu ditemukan pada pukul 8.45 malam selepas pasukan SAR menjumpai mayat ibu dan adik lelakinya dalam tragedi itu.
Ibu mangsa, Wong Moi Ling, 34, dan adiknya, Christen Kell Benny, 6, ditemui lebih awal masing-masing pada pukul 4.20 pe tang dan 4.25 petang.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir di Sa bah agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan keluarga.
Beliau berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya mereka yang berada di Penampang dan Beaufort.

No comments:
Post a Comment