Sunday, November 30, 2025

Pekerja inap desa rakam pempengaruh di bilik air


 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga wanita yang juga pempengaruh popular mendakwa telah diintip dan dirakam sewaktu berada di dalam bilik air sebuah inap desa di Manir di sini pada Selasa lalu.

Mangsa berasal dari Ampang, Selangor mendakwa perbuatan itu didalangi salah seorang pekerja inap desa tersebut pada pu kul 12.30 tengah malam. 

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Az li Mohd. Noor berkata, mangsa mengesyaki dirinya diintai apa bila ternampak tangan seseorang sedang memegang telefon bimbit untuk merakam video dari luar tingkap bilik air itu.

 “Mangsa yang terkejut menjerit meminta tolong suaminya se belum mereka mengesan kelibat seorang lelaki disyaki individu mengintipnya melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Azli berkata, mangsa telah memaklumkan kejadian kepada pemilik inap desa sebelum pekerjanya tampil mengaku perbuatannya pada malam, Selasa lalu. 

 Katanya, suspek berusia 30an mendakwa telah memadamkan rakaman video mangsa di bilik air berkenaan. 

 “Mangsa dan keluarganya tidak berpuas hati telah meminta suspek menyerahkan telefon bimbitnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Manir di sini pada pukul 12.09 tengah hari kelamarin.

  “Siasatan awal mendapati mang sa dan keluarganya menyewa inap desa itu selama empat hari bermula 25 Ogos lalu dengan kadar bayaran RM5,250 bagi tujuan menjalani sesi penggambaran baju Melayu dan bercuti,” katanya. 

 Azli berkata, pemeriksaan mendapati televisyen litar tertu tup (CCTV) yang dipasang tidak menghala ke lokasi kejadian dan tiada saksi lain melihat kejadian ter sebut. 

 Katanya, gerakan mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian sedang dilaku kan bagi membantu siasatan me ngikut Seksyen 509 Kanun Ke seksaan dan Seksyen 447 akta sama serta Seksyen 14 Akta Kesa lahan Kecil 1955.

No comments:

Post a Comment