Wednesday, November 19, 2025

Inspektor dipenjara ambil rasuah RM23,000

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihukum penjara sebulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menerima wang tunai RM23,000 daripada suspek kes dadah empat tahun lalu. 

 Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Khairul Faiz Mohd. Zaini, 37, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku bersalah setelah dua pertuduhan alternatif tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. 

 Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima tanpa balasan wang tunai berjumlah RM15,000 melalui isterinya yang dipindahkan secara dalam talian di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini.

 Khairul Faiz juga didakwa menerima wang tanpa balasan wang tunai berjumlah RM8,000 melalui isterinya yang dipindahkan secara online di sebuah bank di Dataran Austin, Kuala Nerus.

 Tertuduh didakwa menerima wang tersebut dan mempunyai hubungan rasmi sebagai anggota polis yang terlibat dalam serbuan menahan tiga suspek kes dadah di Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus. 

 Perbuatan tersebut didakwa dilakukan Khairul Faiz pada 26 Februari 2021 dan dia dihadapkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 

 Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa ditawarkan wang tunai keseluruhan RM23,000 oleh salah seorang suspek kes dadah yang sedang disoalsiasat seba gai dorongan untuk membebas kannya selain dadah jenis syabu yang dirampas dibuang. 

Dia kemudian meminjam akaun bank milik kenalan wanitanya bagi melakukan pemindahan wang tersebut secara dalam talian. 

 Wang terbabit kemudian dipindahkan ke akaun bank is teri nya sebelum dikeluarkan tanpa pengetahuan wanita berkenaan. 

 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rabia tul Addawiah Mohd. Noorlee. 

 Kosmo! pada 25 Jun 2024 melaporkan tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

  Siasatan awal percaya wang rasuah itu digunakan suspek yang kini sudah berpindah di Kedah bersama isterinya untuk tujuan pelaburan judi online.

No comments:

Post a Comment