KUALA TERENGGANU - Gara gara terlalu takut dituduh terli bat dalam kes pengubahan wang haram, seorang guru yang akan bersara tidak lama lagi kerugian RM446,200 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.
Lelaki berusia 59 tahun itu membuat pembiayaan peribadi, menggunakan kad kredit dan meminjam wang ahli keluarga untuk diserahkan kepada scammer tersebut.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 3.40 pe tang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, guru terbabit telah dihubungi individu mendakwa wakil sebuah syarikat insurans pada 28 Jun lalu.
“Mangsa didakwa membuat tuntutan perubatan sebanyak RM12,000 sebelum panggilannya disambungkan pula kepada indi vidu lain yang mendakwa konon nya pegawai polis.
“Dia terkejut apabila didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram ber sama seorang lelaki lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Azli berkata, guru tersebut kemudiannya diarahkan menghubungi dua individu lain yang mendakwa kononnya pegawai Jabatan Kehakiman Sabah bagi menyelesaikan kes tersebut.
Beliau berkata, lelaki itu semakin gelabah apabila ditunjuk kan dokumen kononnya kertas siasatan dan waran tangkap ter hadapnya.
“Mangsa telah diarahkan membayar wang jaminan dan kos guaman jika tidak mahu dikena kan tindakan undang-undang.
“Dia juga dilarang memaklum kan penyiasatan kes melibatkan dirinya kepada pihak lain ter masuk ahli keluarga kononnya disebabkan Akta Rahsia Rasmi,” katanya.
Azli berkata, guru terbabit telah memindahkan wang me nerusi 23 transaksi ke dalam 16 akaun bank berbeza antara 26 Julai hingga 19 Oktober lalu.
Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment