KUALA NERUS - Wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) milik seorang pensyarah sebuah universiti di daerah ini dan seorang penyelia kilang di Kemaman lebur apabila menjadi mangsa penipuan.
Pensyarah wanita berusia 56 tahun yang memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) rugi RM244,925.61 apabila diperdaya skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya pensyarah itu menerima pautan skim pelaburan me nerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 10.15 pagi, 14 Ogos lalu.
“Mangsa yang ketika itu berada di dalam kampus universitinya secara tidak sengaja telah menekan pautan diberikan yang menawarkan tiga pakej pelaburan. Dia memilih pakej pelaburan yang paling rendah iaitu RM300,” katanya.
Menurutnya, wanita itu terkejut apabila dimaklumkan pelaburannya berjaya meraih keuntungan sebanyak RM14,000. Mangsa kemudiannya tambahan sebagai syarat mengeluarkan keuntungan berkenaan.
“Mangsa tambah pelaburan nya sehingga keseluruhan RM244,925.61,” katanya.
Ujarnya, pensyarah itu menyedari dirinya tertipu apabila dia tetap tidak menerima keuntungan pelaburan dijanjikan.
“Selain duit KWSP, wanita itu menggunakan simpanan untuk melabur,” katanya.
Di Kemaman, seorang penyelia kilang rugi RM537,000 akibat diperdaya sindiket scammer.
Lelaki berusia 59 tahun turut kehilangan RM400,000 duit simpanan KWSP miliknya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, kejadian berlaku apabila mangsa menerima panggi lan daripada individu kononnya wakil syarikat insurans dan pegawai polis pada 31 Ogos 2024.
“Suspek mendakwa mangsa telah membuat tuntutan perubatan palsu di sebuah hospital swasta di Selangor.
“Mangsa diarah buka akaun bank baharu sebelum memindahkan duit KWSP RM400,000 ke dalamnya bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.
Katanya, mangsa juga akur menyerahkan wang tambahan keseluruhan RM137,000 kepada suspek menerusi 56 transaksi ke dalam 30 akaun bank di antara 9 Februari hingga 12 September lalu.
“Semakan mendapati simpanan RM400,000 di dalam akaun bank itu telah habis dike luarkan pihak ketiga dipercayai suspek ke dalam lapan akaun bank lain sebanyak 21 kali antara 5 September hingga 11 Septem ber 2024,” katanya.
Ujarnya, mangsa hanya menyedari tertipu apabila suspek gagal dihubungi.
No comments:
Post a Comment