Thursday, November 27, 2025

Banyak jeti pendaratan nelayan perlu dinaik taraf

  

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap dapat terus menerima peruntukan sewajarnya bagi terus membela kebajikan hampir 90,000 nelayan tempatan dalam pembentangan Bajet 2026 pada 10 Oktober depan. 

 Ketua Pengarah LKIM, Ham dan Mamat berkata, tumpuan perlu diberikan bagi menaik taraf kemudahan jeti pendaratan ikan di seluruh negara. 

 Beliau berkata, sebahagian fasiliti untuk nelayan tersebut didapati dalam keadaan uzur sehingga menyukarkan kerja-kerja pendaratan ikan oleh nelayan. 

 “Harap kerajaan dapat me luluskan penyediaan fasiliti untuk nelayan dan pembaikan kompleks-kompleks pendaratan (dalam pembentangan Bajet 2026). 

 “Banyak jeti pendaratan ikan perlu dibaik pulih untuk membantu komuniti nelayan. Saya juga berharap kerajaan-kerajaan negeri dapat mempermudah urus kelulusan tanah (bagi pembinaan fasiliti nelayan),” katanya di Chendering di sini semalam. 

 Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 99 nelayan Terengganu. 

 Hamdan berkata, LKIM juga berharap golongan nelayan dapat terus menikmati subsidi dan insentif seperti bantuan sara hidup bulanan dan perumahan yang sedang dinikmati nelayan pada masa ini.

 Katanya, bantuan Sara hidup RM300 sebulan yang kini dinikmati kirakira 33,000 nelayan berkelayakan seluruh nelayan amat bererti buat golongan itu terutama sewaktu musim tengkujuh.

 “Mereka tetap menerima ban tuan sara hidup RM300 sebulan sewaktu tidak dapat turun ke laut pada musim bah,” katanya

No comments:

Post a Comment