Saturday, August 16, 2025

Bayar hutang ‘lump sum’ tak untung, rugi


Oleh MOHD AZLI ADLAN dan NOOR HASLIZA NUSI

PETALING JAYA – Ramai pengguna mahu Peraturan 78 yang mensyaratkan faedah pinjaman pada tahun-tahun awal pembiayaan dimansuhkan kerana ia hanya menguntungkan sebelah pihak iaitu institusi perbankan. 

Rata-rata pengguna yang ditemui mahu satu kaedah lain diperkenalkan yang turut memberi kelebihan kepada peminjam, bukannya membebankan mereka dalam jangka masa panjang. 

Di Kuala Terengganu, seorang pengguna, Mohd. Hashim Jusoh, 45, berkata kaedah Peraturan 78 tidak menggalakkan peminjam melangsaikan pembiayaan awal. 

Ini kerana katanya, baki amaun perlu dibayar kelak tidak jauh berubah dengan pinjaman jauh berubah dengan pinjaman dite rima walaupun sudah berta hun-tahun dibayar. 

 “Memang pihak bank memberikan rebat tetapi kadar diberi kan terlalu kecil dan tidak berba loi biasanya tidak sampai RM300. 

 “Prosedurnya juga rumit dan tidak dihapuskan. memakan masa untuk berurusan dengan pegawai bank. Rasanya proses permohonan pinjaman lagi mudah daripada membayar awal. Akhirnya saya bayar sa haja ikut pelan asal pembiayaan peribadi,” katanya ketika ditemui semalam. 

Mohd. Hisham yang merupakan seorang pekerja swasta berkata, negara sepatutnya mengikut jejak beberapa negara seperti Australia, New Zealand dan Britain yang memansuhkan Peraturan 78. 

 Katanya, kaedah lain seperti baki berkurangan jauh lebih baik dan melindungi hak pengguna.

 “Sebagai orang Islam, saya tidak mahu berhutang terlalu banyak dan terlalu lama tetapi sistem perbankan tempatan sama ada konvensional mahu pun Islamik tidak menyebelahi pengguna,” katanya.

Di George Town, Pulau Pinang seorang pekerja swasta, Imran Hilmy Taw k Hilmy, 47, berkata, kaedah Peraturan 78 dianggap satu pendekatan yang semakin ketinggalan zaman dan langsung tidak menguntungkan peminjam yang mahu mengurangkan beban kan kewangan isi rumah melalui pembayaran awal kepada bank. 

Katanya, pembayaran awal pinjaman tidak memberi seba rang faedah mahu pun membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi mereka ketika ini selagi Peraturan 78.

 “Bagi saya, Peraturan 78 yang masih diguna pakai di negara ini sepatutnya dihapuskan kepada pengguna yang ingin memendekkan bayaran pinjaman lebih awal dari tempoh yang ditetapkan su paya mengelak bebanan hutang isi rumah dan risiko bankrap. 

“Bagi saya, bayar awal pun tak beri apa-apa kebaikan, malah ia merugikan lagi pengguna yang in gin melangsaikan pinjaman lebih awal dari tempoh yang ditetap kan pihak bank. 

 “Di negara maju seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand sudah pun mengharamkan penggunaan Peraturan 78 ini dalam pengiraan pembayaran faedah pinjaman. Malaysia bila lagi?” katanya. 

Seorang lagi pengguna, Fari dah Abdullah, 54, memberitahu, pemansuhan Peraturan 78 memang ditunggu-tunggu kerana ia bukan sahaja dapat melangsai kan pinjaman dengan lebih awal malah dapat mengurangkan fae dah yang perlu ditanggung. 

“Peraturan 78 sudah tidak relevan untuk diguna pakai ketika rakyat hari ini berdepan dengan pelbagai kos sara hidup tinggi dan bebanan hutang yang banyak,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment