Thursday, December 22, 2016

Ahli Usahanita ikuti Kembara Usrah di Tasik Kenyir

ROHANI. Seramai 25 ahli Persatuan Usahawan Wanita (Usahanita) Terengganu menyertai program Kembara Usrah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Usahanita Terengganu, Hawa Abdul Rahman berkata, program selama dua hari tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerohanian ahli-ahli persatuan itu sebagai panduan kepada mereka menangani cabaran dalam perniagaan.

"Sepanjang program ini, peserta mengikuti pelbagai aktiviti termasuk tazkirah agama, bacaan surah al-Quran dan solat sunat," katanya.

No comments:

Post a Comment