Translate

Friday, January 18, 2019

THT raih kemenangan sulung tewaskan TNB Thunderbolt

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) meraih kemenangan sulung selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolt 4-0 pada aksi ke­dua Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.

Hujan lebat membataskan pergerakan kedua-dua pasukan dengan tuan rumah hanya mendapat pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-12, namun disia-siakan pakar flik Korea Selatan, Jang Jong-hyun.

THT yang juga juara bertahan MHL akhirnya berjaya memecah kebun­tuan menerusi penyerang kebangsaan, Faizal Saari apabila menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-18.

Selang enam minit kemudian, Jong-hyun berjaya meledak gol kedua THT pada minit ke-24 menerusi pukulan sudut penalti.

Separuh masa kedua berlangsung hambar sebelum THT memperoleh gol ketiga menerusi kapten pasukan, Fitri Saari yang mudah menolak masuk penal­ti stroke pada minit ke-49.

Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Rashif Baharom melengkapkan kemenangan THT apabila meledak ja­ringan keempat menerusi gol padang pada minit ke-59.

Jurulatih THT, I. Vikneswaran jelas berpuas hati selepas menyaksikan pemainnya semakin serasi bersama dan mendapat rentak permainan menerusi taktikal yang diterapkan.

“Saya harap ia menjadi pemangkin untuk terus mencapai rentak kemenangan pada aksi seterusnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment