Translate

Monday, January 14, 2019

PH tidak akan ulangi amalan BN beri projek dan jawatan kepada ahli parti

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengulangi amalan Barisan Nasional (BN) yang memberi habuan berupa projek dan jawatan kepada ahli-ahlinya.

Beliau berkata, kesilapan serupa sekiranya diulangi akan menyebabkan PH juga akan ditolak rakyat seperti berlaku kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Jangan cuba amal apa yang telah dilakukan kerajaan lama (BN). Dahulu ahli dalam parti (UMNO) dapat keistimewaan dan jawatan tertentu walaupun tiada kebolehan.

"Ramai jadi kaya diberi kontrak walau tiada keupayaan. Akhirnya orang masuk UMNO bukan kerana percaya perjuangan parti itu tetapi demi keuntungan mereka sendiri," katanya ketika merasmikan Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu di sini hari ini.


Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata, PH telah berkempen mendedahkan dan menentang amalan tersebut sewaktu PRU-14 dan sudah pastilah pakatan yang membentuk kerajaan persekutuan itu bakal ditolak rakyat pada pilihan raya akan datang sekiranya mengulangi kesilapan BN berkenaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment