Translate

Sunday, January 6, 2019

Pemuda dicekup ketika edar dadah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pemuda untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual dadah tidak kesam­paian apabila dia diberkas polis di Kuala Ibai di sini pada Rabu lalu.

Suspek berusia 21 tahun yang baru dua bulan berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran dadah itu dipercayai sedang menunggu pe­langgan sebelum ditahan di hadapan sebuah rumah berhampiran Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai pada pukul 9.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sewaktu ditahan sepasukan polis, lelaki yang merupakan penganggur itu sedang duduk di atas sebuah motosikal kapcai jenis Honda yang ditungganginya.

“Oleh kerana terlalu gementar, suspek telah melemparkan satu bungkusan ke atas jalan tar yang kemu­diannya didapati mengan­dungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan pil berwarna merah serta hijau dipercayai pil kuda.

“Setelah disoal siasat, dia dibawa rumahnya di Taman Kalong Mas, Rusila, Marang yang membawa kepada pe­nemuan lebih banyak lagi bekalan dadah jenis sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini semalam.

Allaudeen berkata, kese­mua bekalan dadah itu disorok di belakang sebuah bangku kecil yang terdapat di dalam bilik tidurnya.

Menurut beliau, serbuan di kedua-dua lokasi berkenaan berjaya merampas lima paket mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 164.1 gram dan 2,000 pil berwarna merah dan hijau disyaki dadah jenis pil kuda.

“Kesemua rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai hampir RM34,000. Ujian air kencing mendapati suspek yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran dadah sejak bulan Oktober lalu itu adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment