Translate

Wednesday, January 16, 2019

Muhammad Syukur terima anugerah Murid Unggul

KUALA TERENGGANU – Muhammad Syukur Khamis, 14, yang terkenal sekelip mata selepas gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau tular di media sosial sejak Khamis lalu terkejut menerima layanan bak selebriti di sekolah.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin itu berkata, dia banyak menerima pertanyaan berhubung kisahnya yang tular di media sosial oleh ramai rakan sekolahnya termasuk pelajar senior sepanjang sesi persekolahan semalam.

“Tiada lagi ejekan sebaliknya ramai yang berta­nyakan rahsia saya menjadi akrab dengan haiwan ternakan ayah selain menyatakan rasa bangga dengan kejayaan foto yang tular tersebut,” katanya.

Muhammad Syukur mengulas  ketika ditemui selepas menerima anugerah Murid Unggul oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu di SMK Padang Midin semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong dan turut dihadiri Pengetua SMK Padang Midin, Zah Mohamad.

Muhammad Syukur yang juga ketua kelas berkata, dia menghargai pengiktirafan yang diberikan kerana pertama kali menerima anugerah sepanjang bergelar pelajar.

Sementara itu, Jelani berkata, karakter Muhammad Syukur yang akrab dengan haiwan menepati ciri-ciri pelajar memiliki budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati yang diterap­kan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

“Kebolehan unik Muhammad Syukur mengawal emosi haiwan boleh dianggap satu dalam sejuta. Semoga ia menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment