Translate

Wednesday, January 16, 2019

Mayat suspek cubaan samun terjun Sungai Jerteh ditemui

MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Mayat seorang lelaki yang dipercayai suspek kes cubaan samun pada Isnin lalu ditemui lemas di Sungai Jerteh berhampiran Kampung Dengir, Kuala Besut dekat sini hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat lelaki berusia 46 tahun tersebut terapung di permukaan sungai berkenaan pada pukul 8.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, lelaki terbabit yang berasal dari Kampung Telok Alor Lintah, Jerteh di sini dipercayai cuba menyamun seorang wanita yang juga penternak lembu pada pukul 6 petang, Isnin lalu.

"Dalam kejadian di kandang ternakan wanita itu yang terletak di Kampung Dengir, Kuala Besut, lelaki terbabit bersenjatakan sebilah golok dipercayai mahu menyamun barangan kemas dipakai mangsa berusia 63 tahun berkenaan.


"Begitupun jeritan wanita terbabit telah mengentarkan lelaki itu sebelum bertindak melarikan diri seterusnya bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Jerteh berhampiran," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment