Translate

Tuesday, January 8, 2019

50 peratus premis makanan Terengganu masih gagal pamer papan tanda larangan merokok

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Hampir 50 peratus premis makanan meliputi restoran, medan selera dan gerai makan di Terengganu yang diperiksa pasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan negeri sejak hari pertama penguatkuasaan larangan merokok pada 1 Januari didapati masih gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohd. Jusoh berkata, kegagalan itu melibatkan sebanyak 1,368 premis daripada 2,838 premis makanan terbabit yang diperiksa di seluruh negeri ini sehingga kelmarin.

"Kesemua premis makanan yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok terbabit telah diberikan notis amaran. Daerah Kuala Terengganu mencatatkan pengeluaran notis amaran tertinggi kepada pengusaha premis makanan tersebut iaitu 269.

"Ia diikuti Hulu Terengganu (254), Besut (203), Kemaman (201), Kuala Nerus (182), Setiu (104), Dungun (89) dan Marang (66)," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan di Medan Selera Kuala Terengganu Walk di sini hari ini.


Mohd. berkata, setiap pengusaha premis makanan mempunyai tanggungjawab untuk memasang tanda larangan merokok mengikut spesifikasi betul iaitu berukuran 50 sentimeter (cm) x 40 cm di lokasi yang mudah dilihat pelanggan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment