Translate

Sunday, December 2, 2018

Bahasa bukan halangan buat Damia Alexandria

KUALA TERENGGANU – Damia Alexandria Zakri, 12, muncul murid bukan Cina tunggal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Hei di sini yang memperoleh 8A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan semalam.

Anak keempat daripada tujuh adik-beradik itu mendapat semua A dalam subjek Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman), Bahasa Inggeris (Penulisan), Metamatik, Sains, Bahasa Cina (Pemahaman) dan Bahasa Cina (Penulisan).

“Saya dibantu rakan-rakan sekolah daripada kaum Cina untuk me­nguasai bahasa tersebut sejak tahun satu lagi.
“Saya juga tidak pernah mengikuti kelas tuisyen sebaliknya hanya menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

“Pada peperiksaan percubaan lalu, saya sekadar memperoleh 5A, sekali gus memaksa saya menggandakan usaha pada saat-saat akhir,” katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan UPSR bersama ibunya, Hanoryati Hassan, 37, di sini ­semalam.

Difahamkan, Damia Alexandria merupakan salah seorang daripada tiga murid SJKC yang memperoleh 8A daripada 130 calon sekolah itu.

Dalam pada itu, seramai 114 calon dari 53 sekolah rendah di seluruh daerah Kuala Terengganu mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

No comments:

Post a Comment