Translate

Tuesday, November 13, 2018

Mayat Zul Ayam ditemui selepas empat hari

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan EZZUAN AHMAD

DUNGUN – Mayat lelaki yang disyaki suspek kes pecah rumah yang terjatuh bersama seorang anggota polis yang mengejarnya di Su­ngai Paka berhampiran Kampung Durian Mentangau dekat sini Jumaat lalu berjaya ditemui pada hari keempat penca­rian semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Zul Ayam atau nama sebenarnya Mohd. Rozaini Mat Nawi, 39, dijumpai tersangkut pada timbunan ranting-ranting kayu di Sungai Paka dekat sini pada pukul 11.30 pagi.

“Mayat lelaki tersebut dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan kira-kira 300 meter dari lokasi dia dan Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya dipercayai terjatuh pada kejadian Jumaat lalu.

“Pengecaman awal termasuk menerusi pakaian meyakinkan pihak berkuasa bahawa mayat itu merupakan suspek yang dicari,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mayat Zul Ayam yang pernah menjadi tauke menjual ayam telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk urusan pengesahan identiti dan dibedah siasat.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, gerakan untuk mencari seorang lagi mangsa iaitu Wan Mohd. Arif terus dipergiatkan.

“Selain teknik pencarian di permukaan sungai, pasukan mencari dan menyelamat me­libatkan pelbagai agensi dan penduduk kampung turut menggunakan skuad penyelam dan anjing pengesan untuk menjejaknya di sekitar lokasi kejadian.

Kosmo! kelmarin me­laporkan Wan Mohd. Arif (gambar kecil) dikhuatiri lemas bersama seorang penjenayah yang cuba ditangkap apabila kedua-duanya terjatuh ke dalam Sungai Paka.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, Wan Mohd. Arif yang bertugas di Balai Polis Paka bersama tiga lagi anggota polis sedang mengejar Zul Ayam kerana disyaki suspek kes pecah rumah di Kampung Limbong, Paka dekat sini pada Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment