Translate

Friday, November 30, 2018

DUN Terengganu lantik ADUN lantikan dalam kalangan wanita

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu buat julung kalinya melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya dalam kalangan wanita hari ini.

Speaker DUN Terengganu, Yahaya Ali berkata, pelantikan Zuraida Md. Noor, 38, yang juga Pengarah Ameerah Pas Terengganu selaras dengan Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.

"Sewaktu Pas memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, kita telah membuat tambahan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang membolehkan tidak lebih empat wakil dalam kalangan wanita dan bukan Islam dilantik sekiranya golongan itu tiada di dalam DUN.

"Kali ini kita lantik (wakil) wanita dahulu sebagai ADUN bagi memperjuangkan isu-isu melibatkan golongan itu walaupun tidak bertanding (dalam pilihan raya)," katanya pada sidang akhbar selepas pelantikan Zuraida pada Sidang DUN Terengganu ke-14 di sini hari ini.

Dalam majlis sama, Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh turut dilantik sebagai Senator oleh DUN Terengganu.


Yahaya berkata, sebagai ADUN lantikan, Zuraida berhak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di dalam DUN Terengganu seperti bertanya soalan lisan dan bertulis dan berbahas namun tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan undian.  - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment