Translate

Thursday, August 16, 2018

PDRM masih belum terima bajet tambahan tiga PRK di Selangor

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama Kontijen Selangor mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini dengan kekangan kewangan kerana belum menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan seperti kelaziman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, seboleh-bolehnya, pihaknya tidak mahu senario itu berlarutan untuk dua lagi PRK di Selangor iaitu Balakong dan Seri Setia yang bakal berlangsung bulan depan.

Beliau berkata, permohonan berhubung peruntukan tambahan tersebut telah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri dan secara puratanya setiap PRK memerlukan bajet RM6 juta bergantung kepada situasi keselamatan di kawasan pilihan raya terlibat.

"Setakat ini, kita (PDRM) belum dapat apa-apa bajet (PRK). Kita terpaksa menggunakan perbelanjaan semasa, itu tentu menjejaskan kedudukan kewangan kita (PDRM) khususnya di (Kontijen) Selangor.


"Jumlahnya (kos pembelanjaan PRK) agak besar. Contohnya di PRK Sungai Kandis, kita memerlukan tambahan (bajet) RM3 juta tetapi setakat ini belum dapat,"  katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment