Translate

Tuesday, May 8, 2018

Polis Terengganu larang sebarang perarakan pada malam keputusan PRU-14

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melarang sebarang parti politik daripada melakukan perarakan sebaik keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, larangan tersebut bertujuan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam serta lalu-lintas.

"Calon dan penyokong parti-parti yang bertanding juga diingatkan agar menghentikan sebarang aktiviti berkempen selepas pukul 12 tengah malam ini.

"Mana-mana pihak yang berdegil dan tidak mematuhi larangan berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, SPR memberitahu keputusan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi PRU-14 dijangka diketahui seawal pukul 8 malam esok.

No comments:

Post a Comment