Translate

Sunday, May 6, 2018

Polis berkas 39 orang termasuk 7 wanita disyaki berpesta dadah di Tasik Kenyir

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Keghairahan 39 orang termasuk tujuh wanita melakukan pesta dadah di dalam sebuah rumah bot pelancong terencat apabila diserbu polis di Air Terjun Sungai Sepat, Tasik Kenyir dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 1.30 pagi itu mendapati hampir keseluruhan suspek yang kebanyakannya berasal dari Kuala Terengganu dan Marang positif dadah jenis amphetamine.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu dan Polis Gerakan Marin Tasik Kenyir melakukan serbuan setelah menerima maklumat aktiviti penyalahgunaan dadah dan maksiat di lokasi berkenaan.
"Sewaktu serbuan dilakukan, sebahagian besar suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun yang memasuki Tasik Kenyir sejak semalam berada dalam keadaan khayal dipercayai dalam pengaruh dadah.
"Pemeriksaan di tingkat atas rumah bot tersebut telah menjumpai sebuah botol lutsinar mengandungi cecair kehitaman disyaki dadah yang disimpan di dalam sebuah beg galas," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Adli berkata, pemandu dan seorang kru  rumah bot berkenaan juga didapati positif dadah jenis sama. - K! ONLINE.

No comments:

Post a Comment