Translate

Sunday, May 6, 2018

Pas enggan bersuhabat Mahathir mahu jatuhkan Najib

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Enggan dengan agenda politik semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak punca Pas enggan menjalin kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Mahathir bekerjasama dengan segelintir pemimpin pembangkang Islam berfikiran liberal dan DAP yang didakwanua secara terangan menentang Islam  turut menyebabkan parti tersebut menjauhi pakatan pembangkang terbabit.

"Dengar balik ucapan dia (Mahathir) semata-mata menyerang peribadi Datuk Seri Najib, hendak turunkan Najib daripada jadi Perdana Menteri, bukan hendak ubah (sistem) pemerintahan.


"Masalah kita (Pas) bukan masalah orang tetapi hendak ubah pemerintahan kepada Islam yang lebih baik," katanya pada program Bicara Santai Ayoh Chik di Taman Shahbandar di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment