Translate

Friday, February 9, 2018

Sekolah kawalan diminta longgar sedikit syarat kemasukan kepada pelajar setempat

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Sekolah kawalan di seluruh negara disaran mempertimbangkan kemasukan pelajar tempatan yang berminat dengan aliran ditawarkan biarpun tidak melepasi syarat kemasukan ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah kawalan seperti Sekolah Elit, Sekolah Premier, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama biasanya melakukan pemilihan pelajar berdasarkan pencapaian sukan, akademik dan disiplin.

Beliau berkata, standard tinggi yang ditetapkan itu telah menyebabkan segelintir pelajar terpaksa ke sekolah yang lebih jauh kerana tidak diterima memasuki sekolah kawalan berhampiran kawasan perumahan mereka.


"Saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai di kementerian. Kita minta pengurusan sekolah agar beri peluang juga kepada pelajar setempat biarpun dalam peratusan kecil," katanya.

No comments:

Post a Comment