Translate

Monday, January 15, 2018

Banjir makin pulih, penduduk mula pulang ke rumah

KEMAMAN – Keadaan banjir di hampir keba­nyakan negeri setakat semalam menunjukkan penurunan dengan penduduk mula kembali ke rumah masing-masing.

Di Terengganu, hanya Kemaman menjadi satu-satunya daerah yang masih dilanda banjir di negeri ini semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, cuaca cerah sepanjang hari membolehkan banjir yang melanda daerah ini sejak Selasa lalu kembali surut.

“Setakat ini, mangsa banjir di daerah Kemaman adalah seramai 1,127 orang daripada 248 keluarga. Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Surau Pulau Tempurung dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok dan SK Chukai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Di Pahang, keadaan banjir di negeri tersebut juga bertambah baik dan bilangan mangsa terus menurun iaitu 1,256 orang yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 7 malam.

Menurut Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bila­ngan daerah yang terlibat juga berkurangan dengan Rompin, Jerantut dan Lipis kembali pulih selepas kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS dibenarkan pulang.
Di Perak, jumlah mang­sa banjir turut berkura­ngan kepada 100 orang berbanding 211.

Menurut maklumat portal Info Banjir JKM, 6 petang, tiga PPS masih dibuka melibatkan 100 mangsa daripada 22 buah keluarga.

Antara PPS yang dibuka ialah Sekolah Agama Rakyat Teluk Kertang, Matang di daerah Larut, Matang dan Selama.

Di Johor, jumlah mang­sa banjir di daerah Segamat kekal 38 orang daripada 11 keluarga melibatkan dua PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penera­ngan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat pukul 12 tengah hari semalam, PPS Balai Raya Kampung Mensudut Lama masih menempatkan 28 mangsa daripada tujuh keluarga manakala Sekolah Kebangsaan Balai Badang pula terdiri daripada 10 mangsa daripada empat keluarga.

No comments:

Post a Comment