Translate

Friday, December 8, 2017

Mangsa banjir Terengganu kini 600 orang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir di Terengganu meningkat ke 600 orang daripada 169 keluarga setakat pukul 7.30 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, ia melibatkan pembukaan 12 pusat pemindahan di enam daerah di negeri ini.

"Marang mencatatkan mangsa banjir teramai iaitu 368 orang diikuti Setiu (65), Kuala Nerus (54), Dungun (47), Kuala Terengganu (45) dan Besut (21).


"Hujan lebat masih turun di sebahagian besar kawasan di Terengganu dan dijangka berlarutan sepanjang hari ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment