Translate

Tuesday, December 5, 2017

Banjir Terengganu semakin pulih

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Banjir di Terengganu semakin pulih hari ini berikutan cuaca cerah dengan hanya dua pusat pemindahan yang masih dibuka setakat ini di negeri ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, mangsa banjir di negeri ini tinggal 669 orang dan melibatkan dua daerah sahaja iaitu Kuala Nerus dan Marang.

"Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak masih menempatkan 647 mangsa banjir bagi daerah Kuala Nerus. Kebanyakan mangsa yang menetap di Taman Desa Tanjung Damai berhampiran tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana fenomena 'banjir termenung'.

"Sebuah lagi pusat pemindahan yang masih dibuka di negeri ini ialah SK Pasir Putih yang menempatkan 22 orang mangsa banjir bagi daerah Marang," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment