Translate

Thursday, October 5, 2017

Pengawai keselamatan peribadi hina usaha polis siar gambar individu dikehendaki ditahan polis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai keselamatan peribadi ditahan polis di Bandar Damai Perdana, Cheras, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes menghina Polis Terengganu di laman sosial, Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai telah memuat naik kenyataan berunsur menghina dan mencerca usaha Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu menyiarkan gambar individu dikehendaki pada akaun Facebook miliknya.

"Lelaki itu telah ditahan di kawasan meletak kenderaan di sebuah flat di Bandar Damai Perdana, Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 6 petang tadi (semalam).

"Sewaktu pemeriksaan badan dilakukan, sepucuk pistol jenis CZ 75P-07 yang telah luput lesen memilikinya pada 10 Ogos lalu telah dijumpai bersama dua magazine yang masing-masing berisi 10 butir peluru 9 milimeter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment