Translate

Monday, October 2, 2017

Pegawai keselamatan peribadi disyaki hina polis direman empat hari

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai keselamatan peribadi direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes memuat naik status menghina Polis Diraja Malaysia di laman sosial, Facebook.
Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Terengganu, Noradila Ab. Latif.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disyaki memuat naik status yang menghina dan mencerca usaha Polis Terengganu mempamerkan sebahagian daripada lebih 600 gambar individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah tertunggak menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Beliau berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 505(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment