Translate

Wednesday, October 4, 2017

Lanun Indonesia rompak kapal tangki Thailand dijel 16 tahun, tiga sebatan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang lanun warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak sebuah kapal tangki membawa minyak diesel bernilai RM7 juta bersama 11 rakan sejenayah lain pada awal bulan lalu.
Syafri, 46, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustaffa.
Berdasarkan pertuduhan, didakwa merompak secara berkumpulan kapal MT MGT 1 milik syarikat Marine Global Transport berpangkalan di Thailand dengan bersenjatakan pisau dan parang bersama 10 tertuduh lain serta dua lagi yang masih bebas di perairan Terengganu pada 6 September lalu.
Dia juga didakwa mendatangkan kerugian serta ketakutan terhadap 14 kru kapal MT MGT 1 yang kesemuanya warga Thailand.
Syafri dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kosmo! 21 September lalu melaporkan seorang ke­tua lanun dan 10 konconya yang terdiri daripada warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merompak sebuah kapal tangki tersebut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment