Translate

Monday, October 9, 2017

Buruh 24 tahun perkosa budak umur 
13 tahun hingga lahirkan anak

KUALA TERENGGANU – Gara-gara memperkosa seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki pada tiga tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustaffa meme­rintahkan demikian terhadap Mohd. Rohaizam Mohamad, 24, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Rohaizam didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di lorong belakang Kompleks Rakan Muda Kampung Raja, Besut pada pukul 12.30 tengah malam pada Julai 2014.
Ketika ini, mangsa sudah berusia 16 tahun.

Mengikut fakta kes, tertuduh dan mangsa yang juga teman wanita­nya bersiar-siar di sekitar Besut dengan menaiki motosikal sebelum mereka singgah ke lokasi kejadian untuk melakukan hubungan seks.

Perbuatan terkutuk itu hanya terbongkar selepas mangsa yang mengadu sakit perut telah menelefon ibu bapanya ketika berada di sekolahnya di Besut pada 2 April 2015.

Remaja perempuan itu kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Besut sebelum disahkan mengandung sembilan bulan. Pada hari sama, dia melahirkan seorang bayi lelaki.

Mohd. Rohaizam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment